Saturday, August 16, 2008

Persaingan Teknologi Moden




zaman makin maju..dunia makin canggih... teknologi ciptaan manusia alaf baru sekarang semakin bertambah canggih. benda yg lama dibaharukan. yg lambat dipercepatkan. yg pantas makin pantas.yg moden makin canggih.. macam sudah tiada had untuk dipertingkatkan lagi. senantiasa ada perbaharuan pada ciptaan manusia seperti kereta, televisyen dan bermacam-macam lagi..dahulu kereta hanya memakai petrol atau diesel untuk menjana kuasa tetapi sekarang kereta boleh dipandu berbekalkan dr kuasa solar dan juga hidro. ini menandakan keupayaan manusia dari segi intelektual semakin pesat berkembang. manusia semakin mengejar kemajuan dlm hidup mereka.

jika kita lihat, penerokaan teknologi ini bergantung pada kajian yg berterusan (research development) dari sesebuah syarikat khususnya dan amnya dari sesebuah negara. jika kajian yg dibuat lebih mendalam, mereka akan lebih maju ke hadapan. mesti ada benda yg baru akan mereka ketemui. hasilnya akan muncul ciptaan canggih yg memudahkan kerja dan hidup manusia.

ciptaan terbaharu monitor LCD berskrin gergasi (108 inci) yg mencatat rekod monitor paling besar di dunia hasil ciptaan SHARP. yg paling menarik perhatian saya adalah harganya yg mencecah RM499,999.00. semacam susah untuk dimiliki secara personal, kan? sebenarnya ciptaan monitor gergasi ini adalah kegunaan bisnes dan komersial. mungkin ada juga individu yg terlampau kaya mungkin membeli LCD sebegini. tidak mustahil bukan. ini kerana manusia sekarang sudah mampu mempunyai keperluan mereka dan juga memenuhi kehendak mereka. itu terpulang kepada keupayaan individu.

mungkin suatu hari nanti, akan tercipta sesuatu benda baru yg menggantikan monitor seperti manusia boleh menonton rancangan kegemaran mereke dengan memakai kaca mata khas. tidak mustahil bukan. jadi, dalam dunia serba cangggih ini, kita harus berlumba-lumba untuk mencipta sesuatu yg baru. makin canggih ciptaan yg dihasilkan makin maju sesebuah negara itu.


rujukan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm

RM85.7 Juta Untuk Selesaikan Masalah Dadah

dadah atau drug ini tidak asing lagi dalam bidang perubatan mahupun sukan. jika di dalam bidang perubatan, dahah itu digunakan untuk menahan kesakitan atau menyembuhkan penyakit. itu adalah penggunaan yg betol terhadap dadah. akan tetapi di dalam bidang sukan, selalunya dadah itu disalahgunakan oleh pemain untuk meningkatkan prestasi mereka mahupun perangsang dalam menjalankan aktiviti seharian. pengguna dadah di dalam bidang sukan ini adalah jelas tidak dibenarkan. walaupun sedemikian masih ada di kalangan atlit dalam negeri mahupun luar negara mengambil dadah untuk disalahgunakan. ada juga atlit yg berstatus lagenda seperti Marion Jones, atlit 100meter pecut kelahiran Amerika juga didapati bersalah kerana penyalahgunaan dadah. beliau meninggal dengan nama yg tercalar disebabkan dadah walaupun sumbangan beliau terhadap negara begitu besar.

soalnya, mengapa atlit sukan di dunia ini masih lagi mahu menggunakan dadah walaupun mereka tahu kesan dari pengambilan dadah tidak kira dari segi undung-undang ataupun kesan kepada biologi atlit itu sendiri. mungkin kerana atlit itu terpengaruh dengan perasaan mereka sendiri dalam peringkat pertandingan yg mereka sertai. mereka mahu pemangkin yg boleh meningkatkan prestasi mereka dengan secara mendadak. ada juga faktor lain menyumbang ke arah penyalahgunaan dadah seperti pengaruh rakan sepasukan, keadaan persekitaran yg memudahkan atlit untuk mendapatkan dadah dan lain-lain.

gejala ini harus di bendung dengan segera tidak kira dari atlit itu sendiri mahupun organisasi sukan. sepertimana kes Adrian Mutu yg dikenakan denda RM 85.7 juta disebabkan beliau mengambil kokain. ini menunjukkan badan yg bertanggunngjawab prihatin dengan gejala sebegini. kelab yg memayungi beliau mengambil tindakan tegas dengan menamatkan kontrek pemain tersebut serta mengenakan pampasan. ujian dadah harus dilakukan dari semasa ke semasa terhadap atlit supaya mereka ini sentiasa dikawal dan dipantau dalam usaha mencegah atlit dari terjebak dengan gejala buruk ini.

kes yg dirujuk------>

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0816&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan_Luar_Negara&pg=sl_01.htm

Wednesday, August 6, 2008

Kejam Si Israel!!!

geram, sedih dan mengharap bila mendengar berita mengenai Israel merancang lagi serangan ke atas pemerintahan Hamas di Genting Gaza. sepatutnya tentera Israel mematuhi perjanjian genjatan senjata di ditemerai oleh kedua belah pihak. mungkin tentera Israel ini sejenis manusia yang sememangnya tidak oleh di bawa ke meja perbincangan kerana itu hanyalah sia-sia belaka. ini bukanlah kali pertama Israel khianat dengan janji mereka. walaupun sudah berkali-kali diadakan rundingan serta perjanjian di antara pemimpin Hamas dengan Israel tetapi tidak berhasil. malah lain pula yang terjadi. penduduk di Genting Gaza semakin menderita dan tentera Israel semakin berkuasa dan rakus menyalahgunakan kuasa mereka. cuba bayangkan bagaimana kaum yang suatu masa dahulu langsung tidak memiliki tanah air atau negara sendiri tetapi sekarang mendapat tanah untuk dijadikan negara mereka dari hasil pencerobohan yang licik dari mereka dengan bantuan negara yang bersekongkol dengan mereka. adakah ini adil untuk penduduk asal negara itu? perbuatan Israel ini dikecam oleh seluruh manusia di seluruh negara kecuali para pemimpin yang mempunyai ideologi yang sama dengan Israel. walaupun pencerobohan hak asasi manusia ini secara terang-terangan dilakukan oleh Israel tetapi tiada kuasa besar yang bersatu untuk melawan balik kezaliman yang dilakukan oleh mereka. hanya yang dapat dilakukan oleh mereka hanyalah mengatakan kekecaman terhadap kezaliman Israel tanpa berbuat apa-apa yang lebih memberi kesan yang baik ke atas keadilan yang diperlukan khususnya buat penduduk palestin. mungkin disebabkan tentera Israel mendapat sokongan padu yang tiada berbelah bagi dari sekutu kuatnya iaitu Amerika, negara lain menjadi takut untuk menghulurkan bantuan. tetapi sampai bila keadaan ini akan terus berlaku. sudah ramai penduduk yang seAgama dengan kita yang terkorban di Palestin. kepada sesiapa yang mempunyai kesedaran yang kuat terhadap hak asasi manusia sejagat, sentiasalah berdoa kepada Yang Maha Esa supaya memberi perlindungan dan keselamatan serta keamanan kepada penduduk di Palestin terutama di Genting Gaza. apa lagi yang mampu kita lakukan selain itu. kalau mendoakan pun kita tidak mampu, memang kita sendiri begitu daif apatah lagi mahu berjuang secara langsung untuk keadilan mereka.

p/s: bersyukurlah dengan keamanan yang diperoleh di Malaysia ini. jangan amik sikap tidak endah sahaja dengan "isu-isu national" di negara yang tercinta ini.

artikel yang berkaitan dari ------>
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm

Tuesday, August 5, 2008

Olimpik Beijing Dicemari!


Semua orang tahu bahawa sukan olimpik adalah sukan yang terbesar di dunia. Mempunyai prestig yang tersendiri di mana setiap pelusuk negara di dunia ini akan berkumpul di Beijing iaitu tuan rumah atau pengendali sukan olimpik ini. hari demi hari tuan rumah untuk sukan terbesar di dunia ini menghitung sehinggalah hari itu akan bertarikh 08.08.08 (cantik juga nombor ni). mungkin mereka tidak sabar untuk majlis pembukaan yg dinanti-nantikan oleh semua orang. mesti banyak gimik yg menarik untuk majlis tersebut. mungkin juga tuan rumah tersebut sekarang ini berada di dalam keadaan gelisah atau kerunsingan. ini adalah gara-gara udara yang telah tercemar dengan asap-asap yang mereka sendiri keluarkan sehingga terbentuk jerebu yang kuat lagi membahayakan. masalah ini adalah isu yang patut kita runsingkan bersama terutama sekali dari pihak tuan rumah itu sendiri. masalah ini memberi kesan pada para atlit dan kontijen yang akan berada di Beijing sepanjang tempoh sukan tersebut berlangsung. tahap kesihatan para atlit sentiasa menjadi keutamaan setiap kontijen dalam memastikan meraka dalam keadaan yang baik. secara tidak langsung juga tahap persembahan mungkin akan terjejas disebabkan kesihatan mereka yang sentiasa diancam oleh udara yang tercemar. sehingga kini para atlit kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan pemeriksaan kesihatan yang kerap, minum banyak air dan dibekalkan dengan topeng muka. atlit di negara lain juga mengambil langkah yang sama. tidak lupa juga kesan kepada para pelancong yang ke Beijing untuk menyaksikan sukan tersebut. kita mahu lihat ke para pelancong berada di sana dengan memakai topeng muka.... walaubagaimanapun, pihak penganjur sukan tersebut sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah ini. yang paling menarik di antara usaha mereka adalah ingin menghasilkan hujan bagi mengurangkan kadar pencemaran kandungan udara di sana. entah macam mana lah mereka mahu hasilkan hujan. setahu saya, hanya Tuhan sahaja yang mampu mengawal cuaca. kita tunggu dan lihat sahaja.kalaulah keadaan itu betul-betul terjadi janganlah pula kita kufur pada yang Maha Esa. nanti tak fasal-fasal lak syirik.
di dalam kedaan yang bermasalah ini, pihak penganjur hendaklah cepat untuk mencari usaha yang berkesan untuk mengatasi masalah jerebu tersebut. jika masalah ini gagal di atasi maka Beijing secara tidak langsung akan mendapat kritikan yang besar dari semua penduduk dunia. malah Beijing juga mungkin akan dicop sebagai negara yang mempunyai kandungan udara yang teruk di dunia. imej sebagai penganjur sukan olimpik juga akan tercalar. cuba kita fikirkan jika atlit seperti Asafa Powel, pelari pecut 100 meter tidak sihat kerana terkena kesan daripada jerebu yang teruk, mungkin acara tumpuan umum itu tidak akan meriah. pasti penduduk dunia menyalahkan Beijing jika kejadian itu berlaku. tidak mustahil bukan. oleh itu, selaku tuan rumah olimpik ini hendaklah mencari langkah yang drastik untuk memastikan kejadian seperti ini tidak akan berlaku. lagi pun sukan ini hanya tinggal 3 hari sahaja lagi untuk dirasmikan.
p/s: jangan kita yang tinggal di negara Malaysia yang bertuah ini, membiarkan keadaan di Beijing berlaku di sini..ok
rentetan dari ----->

Sunday, July 27, 2008

Restu dari YDPA utk ke Olimpik

Sukan Olimpik Beijing tidak lama lagi akan menyusul dengan hanya 12 hari dari sekarang. debarannya makin terasa oleh para atlet negara kita yg tediri dari 33 org yg akan menggalas cabaran negara nanti.sebelum berlepas ke sana, pelbagai usaha dalam menyiapkan diri dr aspek mental dan terutama sekali fizikal utk memastikan para atlet akan merentap berhabis-habisan utk merebut pingat emas dlm acara masing2...
sebagai tanda sokongan moral, Yang diPertua Agong telah mencemar duli utk memberi titah kpd atlit agar berjaya dlm misi mereka nnti..sungguh bertuah atlet dan pegawai yg akan ke Beijing tu. bukan senang Ketua Negara mahu turun padang bersua muka dgn atlit utk memberi sokongan moral..saya percaya, di dalam bidang sukan ini, bukan sahaja kekuatan fizikal yg menjanjikan kejayaan, malah kekuatan mental juga penting. persoalannya dari mana kekuatan mental itu datang? macam mane mahu membina kekuatan tersebut..? sebagai contoh yg telah dilakukan oleh kementerian belia dan sukan yg menjemput YDPA kita utk memberi suntikan semangat dan motivasi kpd para atlit. secara tidak langsung ini memberi impak kpd para atlit utk membuat persembahan yg terbaik kpd negara. jika tidak dpt menggondol pingat apa2 pun, setidak-tidaknya mereka menunjukkan semangat juang yg tinggi ketika beraksi. tunjukkan yg mereka bermati-matian berjuang demi negara. barulah mereka boleh dianggap sebagai pejuang negara. harap2 nya bukan wang ganjaran yg dikejar tetapi utk memartabatkan nama negara di mata dunia. mgkin inilah masanya utk atlit kita mengubah senario sukan tanah air yg tidak begitu memberangsangkan. biar orang pandang sikit pd orang2 sukan ni. jgn biarkan kita dilabelkan golongan yg menghabiskan duit negara sahaja. sudah banyak negara kita berusaha utk pembangunan sukan tanah air, jadi bila lagi utk kita membalas jasa negara kita. buat para atlit, selamat maju jaya, buat yg terbaik! berjuanglah bermati-matian utk memartabatkan nama negara kita di persada dunia. semua rakyat malaysia senantiasa mendoakan kejayan korang. good luck and all the best!

rujukan
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=0726&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm

Saturday, July 26, 2008

makhluk halus di sekolah!

hari ini kita dikejutkan dgn berita makhlus halus yg berada di skolah. korg terkejut x? (aku x terkejut pun)hehehe...kisah ini diceritakan kerana rentetan dari laporan beberapa murid sekolah yg dikatakan dikacau oleh makhluk halus. ada juga dirasuk masuk oleh makhlus2 itu... mangsa2 tersebut melihat nenek kebayan di dlm sekolah mereka.. rasa sesuatu yg asing bg mereka semua.. cuak juga bagi orang yg x biasa dgn menda2 yg mcm ni kan.. orang dewasa pun meremang bulu roma bila rasa dan melihat menda yg berkaitan dgn alm ghaib ni. ni kan pula budak2 yg masih bersekolah.. biasa ye "benda2" yg mcm ni terjadi disebabkan dr masa lampau dan bersarang di tempat yg kotor. persoalan ye skang, kenapa makhluk2 tersebut boleh berada di sana? nnti aku suruh geng2 the seekers nt7 pergi menyiasat kat sekolah tu..ok?

yg penting dlm hal ini adalah selamat lagi ke tempat tersebut (sekolah)? budak2 sekolah terasa terganggu malah rasa tidak selamat utk pergi ke sekolah...kalau di sekolah kita rasa tidak selamat, jadi di mana lagi kita mahu menimba ilmu...ini akan menimbulkan masalah yg agak besar juga pada pihak sekolah. mak bapak pun risau mau antar anak-anak mereka kat sekolah yg mcm tu... buat ye anak die bawak balik makhluk tu ke rumah mcm mana lak..lagi la haru biru dibuatnya... sepatutnya pihak yg berkenaan perlu cepat utk menyelesaikan masalah ini. kat sekolah sane tu kan ada ustaz-ustaz yg alim.. mgkin mereka boleh membantu dgn melakukan sesuatu.buat solat hajat ke..kan? buat adik2 yg mengalami peristiwa yg asing ini, kuatkan diri adik2 dgn solat dan baca apa2 yg patut(Al-Quran). barulah menda2 mcm ni x mengganggu adik2.

p/s: mungkin maya karin kenal dgn makhluk2 halus tu semua.hehehe


artikel dari
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0726&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Monday, July 21, 2008

Rooney Jadi Role Model!

bukan calang-calang orang bila sudah dipuji oleh jurulatih baru Italy yg berprofile tinggi. beliau, Marcello Lippi yg pernah membawa Italy memenangi Piala Dunia 2006. Nama Wayne Rooney disebut oleh beliau pada akhbar La Gazzetta dello Sport sebagai pemain yg bermati-matian ketika beraksi untuk memastikan pasukannya menang pada sesuatu perlawanan. teruja jugak aku mendengarnya. encik Lippi menjadikan Rooney sbg role model kepada anak buah di bawah kendalian beliau iaitu skuad Italy dan Juventus.

mereka yg dah pro dan mantap pun masih lagi dinasihatkan untuk bermain mcm Rooney. aku harap-harap jurulatih skuad kebangsaan kita pun membuat perkara yg sama. bukan apa la kan. ini untuk memotivasikan pemain kebangsaan kita supaya bermain bermatian-matian untuk negara seperti Rooney. korang pernah nampak tak pemain kebangsaan kita beraksi bermati-matian ketika berlawan dgn negeri lain? korang nampak tak diorg punya PASSION? aku xnak jawab soalan tu...bahaya.nanti kena marah dek peminat fanatik Malaysia.hehehehe.

semangat juang yg tinggi ni patut ada pada semua atlit tak kira la di dalam apa juang bidang mereka ceburi. bukan senang untuk kita bermain dengan sepenuh hati atau bermati-matian. kadang-kadang orang bermain hanya untuk dapatkan populariti dan gaji yg lumayan. lebih-lebih lagi KBS sudah naikkan wang kemenangan pada mereka yg mendapat pingat emas di sukan olimpik Beijing Ogos nanti. kepada atlit yg dapat pingat emas diorg akan mendapat RM1 Juta. banyak itu. dengan sekelip mata je dah jadi Jutawan. aku cuma harap atlit-atlit kebangsaan kita yg akan berentap di Beijing nanti takan taruhkan perjuangan mereka pada insentif tersebut tetapi pada rasa cinta mereka untuk mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.


artikel berkaitan
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Sukan/20080720222736/Article/index_html