Sunday, July 27, 2008

Restu dari YDPA utk ke Olimpik

Sukan Olimpik Beijing tidak lama lagi akan menyusul dengan hanya 12 hari dari sekarang. debarannya makin terasa oleh para atlet negara kita yg tediri dari 33 org yg akan menggalas cabaran negara nanti.sebelum berlepas ke sana, pelbagai usaha dalam menyiapkan diri dr aspek mental dan terutama sekali fizikal utk memastikan para atlet akan merentap berhabis-habisan utk merebut pingat emas dlm acara masing2...
sebagai tanda sokongan moral, Yang diPertua Agong telah mencemar duli utk memberi titah kpd atlit agar berjaya dlm misi mereka nnti..sungguh bertuah atlet dan pegawai yg akan ke Beijing tu. bukan senang Ketua Negara mahu turun padang bersua muka dgn atlit utk memberi sokongan moral..saya percaya, di dalam bidang sukan ini, bukan sahaja kekuatan fizikal yg menjanjikan kejayaan, malah kekuatan mental juga penting. persoalannya dari mana kekuatan mental itu datang? macam mane mahu membina kekuatan tersebut..? sebagai contoh yg telah dilakukan oleh kementerian belia dan sukan yg menjemput YDPA kita utk memberi suntikan semangat dan motivasi kpd para atlit. secara tidak langsung ini memberi impak kpd para atlit utk membuat persembahan yg terbaik kpd negara. jika tidak dpt menggondol pingat apa2 pun, setidak-tidaknya mereka menunjukkan semangat juang yg tinggi ketika beraksi. tunjukkan yg mereka bermati-matian berjuang demi negara. barulah mereka boleh dianggap sebagai pejuang negara. harap2 nya bukan wang ganjaran yg dikejar tetapi utk memartabatkan nama negara di mata dunia. mgkin inilah masanya utk atlit kita mengubah senario sukan tanah air yg tidak begitu memberangsangkan. biar orang pandang sikit pd orang2 sukan ni. jgn biarkan kita dilabelkan golongan yg menghabiskan duit negara sahaja. sudah banyak negara kita berusaha utk pembangunan sukan tanah air, jadi bila lagi utk kita membalas jasa negara kita. buat para atlit, selamat maju jaya, buat yg terbaik! berjuanglah bermati-matian utk memartabatkan nama negara kita di persada dunia. semua rakyat malaysia senantiasa mendoakan kejayan korang. good luck and all the best!

rujukan
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=0726&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm

Saturday, July 26, 2008

makhluk halus di sekolah!

hari ini kita dikejutkan dgn berita makhlus halus yg berada di skolah. korg terkejut x? (aku x terkejut pun)hehehe...kisah ini diceritakan kerana rentetan dari laporan beberapa murid sekolah yg dikatakan dikacau oleh makhluk halus. ada juga dirasuk masuk oleh makhlus2 itu... mangsa2 tersebut melihat nenek kebayan di dlm sekolah mereka.. rasa sesuatu yg asing bg mereka semua.. cuak juga bagi orang yg x biasa dgn menda2 yg mcm ni kan.. orang dewasa pun meremang bulu roma bila rasa dan melihat menda yg berkaitan dgn alm ghaib ni. ni kan pula budak2 yg masih bersekolah.. biasa ye "benda2" yg mcm ni terjadi disebabkan dr masa lampau dan bersarang di tempat yg kotor. persoalan ye skang, kenapa makhluk2 tersebut boleh berada di sana? nnti aku suruh geng2 the seekers nt7 pergi menyiasat kat sekolah tu..ok?

yg penting dlm hal ini adalah selamat lagi ke tempat tersebut (sekolah)? budak2 sekolah terasa terganggu malah rasa tidak selamat utk pergi ke sekolah...kalau di sekolah kita rasa tidak selamat, jadi di mana lagi kita mahu menimba ilmu...ini akan menimbulkan masalah yg agak besar juga pada pihak sekolah. mak bapak pun risau mau antar anak-anak mereka kat sekolah yg mcm tu... buat ye anak die bawak balik makhluk tu ke rumah mcm mana lak..lagi la haru biru dibuatnya... sepatutnya pihak yg berkenaan perlu cepat utk menyelesaikan masalah ini. kat sekolah sane tu kan ada ustaz-ustaz yg alim.. mgkin mereka boleh membantu dgn melakukan sesuatu.buat solat hajat ke..kan? buat adik2 yg mengalami peristiwa yg asing ini, kuatkan diri adik2 dgn solat dan baca apa2 yg patut(Al-Quran). barulah menda2 mcm ni x mengganggu adik2.

p/s: mungkin maya karin kenal dgn makhluk2 halus tu semua.hehehe


artikel dari
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0726&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Monday, July 21, 2008

Rooney Jadi Role Model!

bukan calang-calang orang bila sudah dipuji oleh jurulatih baru Italy yg berprofile tinggi. beliau, Marcello Lippi yg pernah membawa Italy memenangi Piala Dunia 2006. Nama Wayne Rooney disebut oleh beliau pada akhbar La Gazzetta dello Sport sebagai pemain yg bermati-matian ketika beraksi untuk memastikan pasukannya menang pada sesuatu perlawanan. teruja jugak aku mendengarnya. encik Lippi menjadikan Rooney sbg role model kepada anak buah di bawah kendalian beliau iaitu skuad Italy dan Juventus.

mereka yg dah pro dan mantap pun masih lagi dinasihatkan untuk bermain mcm Rooney. aku harap-harap jurulatih skuad kebangsaan kita pun membuat perkara yg sama. bukan apa la kan. ini untuk memotivasikan pemain kebangsaan kita supaya bermain bermatian-matian untuk negara seperti Rooney. korang pernah nampak tak pemain kebangsaan kita beraksi bermati-matian ketika berlawan dgn negeri lain? korang nampak tak diorg punya PASSION? aku xnak jawab soalan tu...bahaya.nanti kena marah dek peminat fanatik Malaysia.hehehehe.

semangat juang yg tinggi ni patut ada pada semua atlit tak kira la di dalam apa juang bidang mereka ceburi. bukan senang untuk kita bermain dengan sepenuh hati atau bermati-matian. kadang-kadang orang bermain hanya untuk dapatkan populariti dan gaji yg lumayan. lebih-lebih lagi KBS sudah naikkan wang kemenangan pada mereka yg mendapat pingat emas di sukan olimpik Beijing Ogos nanti. kepada atlit yg dapat pingat emas diorg akan mendapat RM1 Juta. banyak itu. dengan sekelip mata je dah jadi Jutawan. aku cuma harap atlit-atlit kebangsaan kita yg akan berentap di Beijing nanti takan taruhkan perjuangan mereka pada insentif tersebut tetapi pada rasa cinta mereka untuk mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.


artikel berkaitan
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Sukan/20080720222736/Article/index_html

Pemangsa Pun Boleh Tewas!


sudah menjadi adat resam dunia di mana mangsa akan selalu diburu oleh pemangsa. yg kuat selalu menang dan akan terus bermaharajela. melainkan jika ada yg lebih kuat darinya yg akan memiliki kemenangan itu. tidak kira lah di kalangan manusia mahupun dunia haiwan. jika diperhatikan pada gambar dia atas, harimau bintang itu dah menewaskan si buaya. selalu kita dengar bahawa buaya yg mengalahkan harimau dan binatang yg lain. tiada yg mampu menewaskan si "bujang senang" kecuali manusia. ini menunjukkan bahawa buaya ini spesis haiwan yg betol-betol kuat lebih-lebih lagi di daerah mereka iaitu air.

saya bukan nak samakan antara manusia dgn haiwan tetapi hanya ingin mencari teladan. mengapa yg kuat akan selalu menindas? kenapa mereka yg kuat tidak menolong yg lemah? kenapa tidak mereka gunakan kekuatan yg ada itu untuk menolong mereka yg lemah? mungkin saudara-saudari mempunyai pendapat masing-masing. yg pasti hakikat hidup ini macam tu la.

jika kita sedar dgn isu global yg tidak putus-putus mendapat perhatian umum mengenai pencabulan hak asasi manusia dari pihak yg merasakan merekalah yg paling berkuasa di dunia ini. tiada sesiapa yg mampu menyekat mereka. dari perhatian saya, yg kuat itu selalunya menggunakan kekuatan mereka ke jalan yg tidak baik. tidak salah jika saya menyebut mereka menyalahgunakan kekuasaan mereka untuk lebih berkuasa. mungkin sampai ke tahap mahu menakluki dunia. rakus betol mereka ini. saya cuma berdoa supaya ada si "harimau bintang" yg berani untuk mengalahkan si "buaya". saya yakin ada, mungkin masa sekarang tidak mengizinkan si "harimau bintang" itu untuk bertindak apa-apa.

kita patut sedar bahawa yg berkuasa itu takan selalunya kuat dan menang. ada lagi YG MAHA KUASA di alam ini. saya cuma berharap yg berkuasa atau yg kuat menggunakan nikmat yg ada pada mereka kepada jalan yg benar...

artikel asal
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Dunia/20080720231012/Article/indexworld_html

Sunday, July 20, 2008

SIC Masih Menjadi Tumpuan!

Ternyata Sepang International Circuit (SIC) masih lagi menjadi venue yg dinanti-nantikan oleh para pelumba dlm bidang sukan berprestasi tinggi ini. Tidak lupa juga para peminat sukan tersbut di mana mereka sentiasa menantikan kejohanan antarabangsa yg akan dilangsungkan di sana. SIC tidak kehilangan sengatnya. Masih dijadikan sebagai venue utk kejohanan yg besar walaupun negara kita sekarang mempunyai saingan dlm bentuk penganjuran sukan bermotor ini selepas pembinaan Litar Singapura siap. ini kerana SIC menjadi pilihan utk menjadi salah satu siri perlumbaan Super GT yg dahulunya dikenali sbg Kejohanan Grand Touring Jepun (Jepun GT). tak penah lagi setakat ni, perlumbaan Super GT diadakan diluar negara jepun. so,kita patut bangga...jgn riak pula sudah la.hehehe.

Dalam masa itu, risau juga kalau litar sepang tenggelam dari sukan bermotor. mana la tahu kan litar singapura akan lebih menonjol dari litar sepang. dah la litar singapura akan menganjurkan kejohanan yg akan dilangsungkan pd waktu mlm. agak jarang sekali penganjuran semacam itu walaupun ianya akan menjadi trend baru dlm sukan bermotor ini. mgkn SIC pun boleh anjurkan perlumbaan di waktu mlm. tak da la aku dibakari oleh bahang sinar matahari kalau pegi tonton live perlumbaan kat sana. waktu mlm ni sejuk sikit. matahari pun tak ada. korang mesti setuju dgn aku kan? :) harap-harap SIC akan sentiasa meningkatkan pretasi mereka untuk menjadi selaku penganjur dan litar yg terbaik di Asia Tenggara malah di dunia ini.

p/s: aku mana penah tgk live perlumbaan kat SIC.hehehehe


kalau x caya, layarilah
http://www1.bharian.com.my/Misc/EPG/Khamis/Mukadepan/20080619123327/Article/mukadepan

Wednesday, July 16, 2008

Bila dah menjadi “Star”, harga pun naik!

Aku sebenarnya cenderong kepada sukan bola sepak. Orang lelaki la katakana..Lebih meminati liga antarabangsa dari liga Negara sendiri.hehehe.. tapi aku tetap bagi support pd liga Malaysia kita ni. Selalu jugak aku pegi stadium tgk secara live. Klu liga antarabangsa aku hanya tonton tv je la. X pun buka website soccernet untuk tahu result perlawanan.. Yang aku ingin kongsi ngan korang adalah perasaan kagum terhadap player muda yg semakin menyinari di club-club yg ternama seperti Real Madrid. Nama seperti Robinho memang sudah lama kita dengar dengan aksi lincah beliau di padang. Skill yg menarik serta permainan yg pantas menjadi aset beliau. Pemain yg berasal dari Brazil ini tidak terkecuali dari terpengaruh dgn aksi Samba sejak kecil lagi. Bagi beliau Samba dgn bola sepak tidak boleh dipisahkan… apa itu samba? Setahu aku samba itu adalah tarian rakyat Brazil. Mungkin nanti player Negara kita boleh adaptasikan tarian asli melayu kita ke dalam permainan bola sepak. Mana la tahu boleh jadi selincah Robinho ke.hehehe…

Sekarang Robinho menjadi rebutan club-club ternama di dunia sehinggakan ada club yg sanggup mempertaruhkan wang sejumlah 60 Juta Euro untuk membeli pemain posisi penyerang ini untuk bermain pada musim baru yg akan datang. Mahal tu harganya.. boleh buat stadium baru kat tempat aku..hehe. bayangkan dengan umur semuda itu (22 thn) dah membina masa depan yg cerah dengan corak permainan yg konsisten. Nasib baik juga la yg Robinho terlepas dari apa-apa kecederaan. Kalau cedera, mahu rosak karier beliau.maksud aku cedera yg berterusan la.

Mesti korang penah terfikir kenapa senario ini tidak sama di Malaysia. Bila bercakap tentang bola sepak, mesti naik syeikh semua. Dengan mutu permainan bola sepak di Malaysia dan di laur Negara adalah jauh berbeza. Aku x nak cerita tentang kenapa atau bagaimana dengan mutu permainan bola sepak Malaysia kita ini sebab sudah banyak diperkatakan oleh orang ramai mahupun dari pihak yg bertanggungjawab itu sendiri. Tetapi jauh di sudut hati aku mahu lihat senario dan mutu bola sepak kita akan berkembang serta mampu menyaingi di peringkat antarabangsa… InsyaAllah! J
P/s: Malaysia Boleh!!!

Artikel yg berhubung
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20080716101219/Article/

Pelik tapi Benar

Hari ini mungkin korang ad abaca berita yg pelik.. sesuatu yg terjadi pada seorang budak perempuan tingkatan 2. Menda yang mcm ni bukan kali pertama terjadi di negara kita hatta di dunia. Cuma versi kisah ini lain dari yg biasa. Mungkin blum pernah terjadi pada orang lain. Kisah seorang anak kepada guru agama yg terkejut disebabkan oleh seutas benang yg keluar dari lututnya sepanjang 6.5 sentimeter.. agak panjang jugak tu..hehehe. boleh buat menjahit tp kena tunggu budak tu potong benang pelik tu dari lutut dia dulu. :P sebelum ini kita juga penah dgr di negara kita kisah pelik terjadi pada manusia biasa seperti kaca keluar melalui mata, berlian keluar melalui hidung dan lain-lain. Kalau di Indonesia, kisah pelik seperti “Orang Pokok” mengejutkan kita malah seluruh dunia mengetahuai kisah orang tersebut….
Moral of the story ye adalah kita jgn memandang serong pada orang-orang seperti mereka. Apatah lagi membenci mereka. Ini adalah ujian dari oleh kepada meraka ataupun dalam perkataan lain ye adalah anugerah dari yang Maha Esa kpd mereka. Tiada pada orang lain tetapi hanya berlaku pada mereka. Terima mereka seadanya. Tetapi jgn memuja orang-orang pelik ni sudah laa. Nanti kurafat lak.
Kejadian seperti ini sepatutnya ada pihak yg perlu membuat kajian dari sudut saintifik dan biologi manusia. Dengan itu, mungkin kita akan mendapat penawar yg baru ataupun sebaliknya (mengesan penyakit yg baru). Baru berkembang dunia teknologi kita. Kalau kita sedari, tiada perkembangan berita dari kisah-kisah pelik yg terdahulu. Tak tahu la kalau para pengkaji belum mengetahui sebab musababnya. Kisah-kisah mcm ni selalu menjadi perhatian umum dan sepatutnya dihebahkan melalui media massa.
Mungkin korang boleh berjumpa sendiri dengan tuan punya badan. Mana la tahu nanti korang mendapat apa-apa petunjuk ke. Setidaknya pun dapat lihat secara langsung benang tu melekat pada lutut budak tu sekarang…

p/s: Apa yg patut kita ucapkan pada budak tu? Tahniah ke takziah???

Berita selanjutnya boleh klik disini
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20080715200012/Article/index_html

Tuesday, July 15, 2008

WoW!!! Kagumnya….Lilypad Bandar Terapung

>>>>>>>Korang ada baca x mengenai Bandar Terapung di laut yg akan menggantikan kota daratan yg sedia ada di dunia ini….? Bandar terapung ini direka oleh architecture dari Belgium yg berjaya mereka sesuatu diluar pemikiran kita… Lilypad adalah nama kepada Bandar terapung tersebut.. Setahu aku, memang dunia kita ini dipenuhi oleh lautan dari daratan. Lebih-lebih lagi bila kutub utura yg mempunyai ais itu semakin mencair dari hari ke hari, tahun ke tahun dan dekat ke dekat. Ini disebabkan oleh faktor pemanasan global yg dilakukan oleh kita smua.. smua penduduk di dunia yg guna kenderaan berpetrol atau berdiesel, mahupun dari asap kilang-kilang yg semakin hari semakin rancak mengeluarkan hasil dari bahan bakar tersebut… cuba korg bayangkan bila ais kat kutub utura tu betol-betol dah cair.. daratan kita ni confirm banjir. Air melimpah2 keluar dan menutupi daratan kita ini. Keadaan ini tak mustahil boleh terjadi, kan? Jadi, untuk mengatasi masalah ini, si cerdik dari Belgium itu telah keluarkan ideanya yg bernas. Betol jugak kata designer Lilypad itu, selain dari faktor tersebut, pelarian juga boleh stay di Bandar Terapung itu. Tak da la diorg merempat di negera-negara lain sbg pelarian… diorg sdiri mampu mempunyai tempat kediaman yg moden lagi selamat.

>>>>>Cuba kita pikir dari sudut yg lain. Mcm mane dgn cuaca di laut? Setahu aku, kat laut tu selalu ada ribut taufan dan angina yg kuat.mcm mane dgn kebolehan Bandar Terapung itu mampu menangkis serangan rebut taufan jika berlaku? Mungkin pereka ini tidak menyebutkan secara terperinci mcm mane teknologi yg dimiliki oleh Lilypad. Kalau tidak, masakan beliau mengetengahkan idea beliau. Kita tunggu je nanti mcm mane dgn perkembangan cadangan beliau terhadap hasil rekeaannya itu. Walau macam mane keadaan sekali pun ini menunjukkan manusia sekarang perlu berpikiran jauh ke hadapan dan bertanggugjawab terhadap perbuatan mereka itu sendiri. Maksud aku ialah kesan dr peperangan dan pemanasan global terhadap atmosfera kita ini.

p/s: sempat ke tidak aku nak tgk terbinanya Bandar Terapung (Lilypad) tu agaknya…hehe :)

utk maklumat lbh lanjut psl Lilypad korg boleh klik kat sini
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Ekspresi/20080713140405/Article/indexv_html

Sunday, July 13, 2008

$ 0.01 terkubur sudah....

peace utk smua org...

al-kisah yer bermula kelmarin...
>>>>>>waktu aku pegi tesco kjap.. pegi 'menabung" kat sane.. waktu aku nak bayar bil aku tu, aku hulur laa 3 sen..cashier tu ckp,sori bang, dah x pkai. aku lupa lak yg start 1hb 4 lepas duit syiling 1 sen dah x pkai.. yg sen-sen smua kena bundar ke 5 sen or 10 sen..terpikir gak aku, nnti duit syiling 1 sen akan pupus.ahaks... mgkn anak2 aku nnti x kenal duit syiling 1 sen tu dah.hehe... dari diorg mansuhkan duit syiling 1 sen tu, baik mansuhkan harga barang yg ada sen2 tu. kan kan kan.. untung gak customer mcm kita ni.. dah la x keje lagi, duit lak asyik mengalir kuar macam air sungai..kawan2 aku slalu ckp klu x da 1 sen, x ckup duit 1 juta.

>>>>>>so, mcm mane skang ni..? x dpt la aku nak jadi jutawan sbb kerajaan dah mansuhkan 1 sen.hahaha. duit 1 sen dimansuhkan sbb nak dibundarkan yg sen2 tu.. diorg ckp utk senang kira..apa la mslh yer,cashier bukan yer kira pkai tgn.. siap pkai mesin or kalkulator lagi..hehe. kan kan kan..nti bersepah lak duit syiling 1 sen tu kat umah aku ni..ahaks. tp hakikat yer syiling 1 sen tu mcm x da nilai.x rmai org menyimpan syiling tembaga tu...slalu yer mesti kita jumpa syiling 1 sen tu kat lantai la, atas almari la, bwh kusi la, dlm box keta la dan kdg2 dlm kasut pun ada(adik aku yg masukkn)..hehe.

>>>>>>>aku sbenarnya x kisah sgt..sbb menda ni ada pro dan contra yer.. cuma aku x tahu nak simpan kat mana syiling2 1 sen aku tu.hahaha.. boleh ke pegi bank in kan syiling tu kat bank? jangan x boleh lak.. xD



rujukan yg berkaitan

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=0815&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_06.htm&arc=hive

Antara Kuantiti dan Kualiti....

salam untuk semua...
Apa yg saya ingin utarakan dalam episod ini adalah berkenaan dengan persembahan atlit negara khususnya dalam kancah sukan badminton yang boleh kita katakan sukan yg selalu diberi perhatian oleh rakyat Malaysia. Straight to the point. Atlit tersebut pernah memegang title "juara" di kejohanan yg besar, di mana dahulunya beliau melalui kehidupan yg agak sukar kerana dibelenggu masalah kewangan dan kini beliau berpeluang untuk membaiki tahap prestasi dan menyungkil kembali potensi yg terpendam dalam diri beliau.
Kenapa saya berkata sedemikian ialah kerana beliau pernah bergelar Juara Seluruh England pada tahun 2003 dan beliau diwaktu itu amat dikagumi dan digeruni. Tetapi sekarang lain ceritanya. Apa yg dapat sy lihat adalah beliau mempunyai potensi yg tinggi untuk menjadi seorang juara yg komited. Jika tidak, masakan beliau pernah merangkul gelaran yg berprestij itu. Yg menjadi permasalahannya sekarang persembahan beliau terbantut kerana kemelut dirinya bersama kelabnya sendiri.
Nasib beliau sekarang mungkin akan berubah. bergantung pada dirinya sendiri. Sebelum itu biar saya jelaskan apa yg saya maksudkan dengan kuantiti di atas. Yg dimaksudkan oleh saya adalah jumlah gaji serta elaun yg cukup untuk memastikan anak buah nusa mahsuri itu boleh mengembalikan potensi dirinya ke tahap yg lebih memberangsangkan, sama dengan apa yg telah beliau buktikan pada tahun 2003 yg lampau.
Sekarang permasalahan beliau terjawab dengan penyerapan beliau ke dalam skuad badminton negara semula oleh badan induk badminton negara. Apa yg patut beliau bersyukur adalah beliau sekarang bernaung di bawah BAM di mana beliau akan mendapat gaji yg setimpal seta elaun kira-kira RM300 sebluan tidak termasuk ganjaran perlawanan, ganjaran kemenangan serta imbuhan ranking dunia. Ini cukup untuk menyelesaikan kemelut yg melanda dirinya sebelum ini.
Isu yg sebelum ini kuat diperkatakan kpd beliau adalah prestasi yg merosot selepas merangkul kejuaraan seluruh England dulu. Kualiti permainan yg ditunjukkan sekarang makin merosot. Beliau sendiri mengaku bahawa faktor kewangan yg menjadi salah satu penyebab kepada prestasi perlawanan beliau. Maka, sekarang isu itu insyaAllah tidak akan timbul lagi. Para peminat sukan badminton boleh memberi peluang sekali lagi kepada atlit tersebut untuk membuktikan kemampuan beliau dalam kejohanan yg bakal diharungi di masa akan datang.
Kita sebagai peminat sukan tanah air khususnya dalam arena badminton ini boleh melihat kpd dua aspek ini iaitu kuantiti dan kualiti di mana masing-masing mempengaruhi prestasi atlit negara kita. Dalam soal kuantiti, mungkin badan induk negara perlu meletakkan harga yg relevan dan setimpal dgn hasil usaha atlit itu sendiri. Manakala dalam soal kualiti pula, atlit perlu memajukan dan menunjukkan bahawa diri mereka bukanlah sekadar jaguh kampung. " Untuk mencari kemenangan itu senang tetapi adalah susah untuk mengekalkan kemenangan itu".
Majulah Sukan Untuk Negara..... :)
rujukan yg berkaitan;
Berita Harian
Sabtu, 12 Julai 2008
Tajuk: Hafiz kembali ke pangkuan BAM
Oleh: Meor Hisham Zulkifli