Sunday, October 12, 2008

Lagak si Capello

Sebagai seorang jurulatih yg baru, sememangnya menjadi suatu tanggungjawab yg berat untuk memastikan pasukan yg dikendalikan itu mencapai tahap yg memuaskan. hanya kemenangan yg menjadi ukuran. lebih-lebih lagi bg pasukan yg tidak layak utk beraksi di kejohanan eropah yg lalu, mereka akan membuktikan kebolehan pasukan mereka pada sesi kelayakan piala dunia di afrika selatan pada 2010 akan sudah berlangsung sekarang. tugas berat bagi jurulatih England, Capello untuk menaikkan semula reputasi pasukannya setelah tidak dapat beraksi untuk EURO 2008 yg lepas. bagi para peminat England, itu sudah cukup memalukan dan mereka berharap peristiwa seperti itu tidak berlaku lagi. percaturan Capello sudah tidak sama lagi jika dibandingkan dengan jurulatih dahulu, Steve Mclaren... apa yg penting bagi beliau adalah kemenangan pasukan bukannya mementingkan persembahan individu walaupun sehebat mana kebolehan individu tersebut. "team work" adalah kunci bg pasukan England bagi memastikan kemenangan berganda dlm mengharungi musim kelayakan piala dunia 2010. bagi jurulatih tersebut, beliau lebih tahu di manakah posisi yg terbaik untuk setiap anak buahnya. walaupun pemain tersebut lebih gemar bermain di suatu posisi, tidak semestinya mereka akan kekal di posisi tersebut. dengan kata lainnya, Capello mahu setiap pemain boleh bermain di lebih dari dua posisi. beliau juga berani tidak menurunkan pemain yg berstatus bintang untuk di beberapa perlawanan penting yg melibatkan pasukannya. walaupun begitu, beliau masih dapat memberikan kemenangan kepada England. jika dillihat pada perlawanan di kejohanan kelayakan piala dunia afrika selatan 2010, England masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah. ini menunjukkan bahawa percaturan jurulatih England yg digunakan oleh beliau itu masih berkesan. apa yg kita patut buat hanyalah menaruh kepercayaan pada beliau serta keyakinan dengan pemain yg diturunkan oleh beliau pada sesuatu perlawanan walaupun tanpa kelibat pemain-pemain yg bertaraf bintang. sebagai seorang jurulatih berpengalaman, dia tahu apa yg dia buat. cuma kita hanya perlu saksikan kebolehan beliau dlm mengemudi pasukan England. Good luck for England. See u in world cup 2010 at south africa. :D


sila klik di sini---->
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1012&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan_Luar_Negara&pg=sl_03.htm

No comments: