Sunday, October 19, 2008

Barisan Simpanan Menjadi Taruhan Chelsea

Harian Metro
Sabtu 18-10-2008
Arena-Chelsea Perit


Dunia kini semakin rancang dengan berlangsungnya pusingan kelayakan untuk Piala Dunia Bola Sepak Afrika Selatan 2010. Semua pasukan semakin ghairah mengejar tempat untuk ke pusingan akhir Piala Dunia yang diiktiraf sebagai paling berpretij di dunia. Di dalam kesungguhan mengejar kemenangan untuk perlawanan di peringkat antarabangsa, banyak pemain yang tidak bernasib baik kerana tercedera di sesebuah perlawanan termasuklah pemain dari pasukan England. Natijahnya pemain antarabangsa yang bermain untuk England yang juga mewakili kelab tertentu di Liga Perdana Enggeris (EPL) terpaksa direhatkan berikutan kecederaan yang dialami sewaktu perlawanan antarabangsa. Malangnya antara pemain yang paling ramai tercedera adalah dari pasukan kelab Chelsea. Antara pemain utama Chelsea yang tercedera ialah kapten Chelsea, John Terry, Petr Chech dan Ashley Cole. Michel Ballack juga tercedera semasa perlawanan melibatkan pasukan kebangsaannya, Jerman di kempen kelayakan Piala Dunia. Selaku pendahulu liga, Luiz Felipe Scolari tetap optimis dengan pasukannya untuk mengekang pihak lawan semasa pasukannya mengalami masalah sebegini. Beliau mempertaruhkan barisan simpanan yang sedia ada dengan hanya perlu memikirkan taktik yang sesuai untuk menewaskan pihak lawan. Pihak lawan yang bakal berkunjung ke Stamford Bridge nanti bukan calang-calang pasukan. Liverpool antara pasukan terkuat akan berkunjung ke sana. Masalah kecederaan ini selalunya berlaku bila melibatkan persaingan di peringkat yang tinggi (high performance) kerana para pemain perlu bermain dengan lebih agresif. Persediaan seperti pasukan Fisioterapi dan juga pemulihan pada kecederaan tersebut penting supaya pemain tidak terlampau lama untuk menunggu untuk beraksi kembali. Jika terlampau lama masa yang diambil untuk pulih, dikhuatiri tahap kecergasan para pemain akan menurun. Itu yang selalu dirisaukan oleh mana-mana jurulatih dan pemain itu sendiri. Banyak tekanan yang dihadapi oleh pasukan Chelsea berikutan masalah ini dan mereka terpaksa menyerap tekanan tersebut bagi memastikan persembahan mereka tidak terpengaruh dengan faktor luar tersebut. Bagi barisan simpanan Chelsea mereka perlu lebih menekankan aspek kekuatan mental selain dari taktik dan teknik dari setiap pemain untuk memberi persembahan yang terbaik dan tidak menghampakan para penyokong klub mereka.

No comments: