Thursday, October 16, 2008

Bangga Menang dengan Nepal...?

Semalam Pesta Bola Sepak Merdeka sudah pun berlangsung dengan rasminya. perlawanan pertama yg melibatkan pasukan negara kita telah berakhir dengan keputusan 4 berbalas 0 ke atas Nepal. apa yg saya ingin timbulkan persoalan di sini adalah perlukan kita berbangga dengan kemenangan ke atas pasukan Nepal? pasukan negara kita berbangga dpt mengalahkan pasukan yg langsung tidak popular itu walaupun di atas padang yg becak lagi berlumpur disebabkan hujan lebat malam semalam. . pihak lawan tidak seberapa tetapi berita nak gempak je. ayam bertelur sebiji, riuh sekampung. apa yg patut dilihat sebenarnya pada kualiti perlawanan tersebut. boleh ke kita nak ukur kebolehan pasukan kita dengan bermain di padang yg teruk macam semalam tu dan pihak lawannya dari pasukan yg ranking di bawah pasukan kita? kalau takat tu pun kita nak berbangga tidak sampai ke mana la pasukan bola sepak negara kita ni. tak boleh pegi jauh la.takat main dlm liga sendiri dan ASEAN boleh la. Malaysia belum lagi bertemu dengan pasukan yg boleh dikatakan memberi saingan seperti Thailand, Myanmar dan Indonesia dalam Pesta Bola Merdaka kali ini. masih terlalu awal untuk kita perkatakan tentang kebolehan pasukan kita ini. apa yg patut mereka buat hanyalah terus fokus pada perlawanan akan datang. bukannya hanyut dengan kemenangan pertama mereka. harap-harap Malaysia dapat mengekalkan Kejuaraan yg dimilikinya pada tahun lepas. tunggu dan lihat...



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1016&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm

2 comments:

SilverKurma said...

haha..besa la din..
malaysia mmg g2..
kejayaan x lah brapa besar..
tp sikap n idealogi dorg ni yg pelik..kan din kan din kan?

lincah_kadok said...

AHA..BETOL BETOL(UPIN IPIN)... :D