Wednesday, August 6, 2008

Kejam Si Israel!!!

geram, sedih dan mengharap bila mendengar berita mengenai Israel merancang lagi serangan ke atas pemerintahan Hamas di Genting Gaza. sepatutnya tentera Israel mematuhi perjanjian genjatan senjata di ditemerai oleh kedua belah pihak. mungkin tentera Israel ini sejenis manusia yang sememangnya tidak oleh di bawa ke meja perbincangan kerana itu hanyalah sia-sia belaka. ini bukanlah kali pertama Israel khianat dengan janji mereka. walaupun sudah berkali-kali diadakan rundingan serta perjanjian di antara pemimpin Hamas dengan Israel tetapi tidak berhasil. malah lain pula yang terjadi. penduduk di Genting Gaza semakin menderita dan tentera Israel semakin berkuasa dan rakus menyalahgunakan kuasa mereka. cuba bayangkan bagaimana kaum yang suatu masa dahulu langsung tidak memiliki tanah air atau negara sendiri tetapi sekarang mendapat tanah untuk dijadikan negara mereka dari hasil pencerobohan yang licik dari mereka dengan bantuan negara yang bersekongkol dengan mereka. adakah ini adil untuk penduduk asal negara itu? perbuatan Israel ini dikecam oleh seluruh manusia di seluruh negara kecuali para pemimpin yang mempunyai ideologi yang sama dengan Israel. walaupun pencerobohan hak asasi manusia ini secara terang-terangan dilakukan oleh Israel tetapi tiada kuasa besar yang bersatu untuk melawan balik kezaliman yang dilakukan oleh mereka. hanya yang dapat dilakukan oleh mereka hanyalah mengatakan kekecaman terhadap kezaliman Israel tanpa berbuat apa-apa yang lebih memberi kesan yang baik ke atas keadilan yang diperlukan khususnya buat penduduk palestin. mungkin disebabkan tentera Israel mendapat sokongan padu yang tiada berbelah bagi dari sekutu kuatnya iaitu Amerika, negara lain menjadi takut untuk menghulurkan bantuan. tetapi sampai bila keadaan ini akan terus berlaku. sudah ramai penduduk yang seAgama dengan kita yang terkorban di Palestin. kepada sesiapa yang mempunyai kesedaran yang kuat terhadap hak asasi manusia sejagat, sentiasalah berdoa kepada Yang Maha Esa supaya memberi perlindungan dan keselamatan serta keamanan kepada penduduk di Palestin terutama di Genting Gaza. apa lagi yang mampu kita lakukan selain itu. kalau mendoakan pun kita tidak mampu, memang kita sendiri begitu daif apatah lagi mahu berjuang secara langsung untuk keadilan mereka.

p/s: bersyukurlah dengan keamanan yang diperoleh di Malaysia ini. jangan amik sikap tidak endah sahaja dengan "isu-isu national" di negara yang tercinta ini.

artikel yang berkaitan dari ------>
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm

1 comment:

yokohamarinos said...

1 dunia sudah tahu, mslhnya suma jd bisu.... discovery channel CNN suma 1 bgaikan mesin, BUSH a.k.a semak, si presiden menantu dajal kuat ngenjen... ISRAEL TALI BARUT AS..