Saturday, August 16, 2008

Persaingan Teknologi Moden




zaman makin maju..dunia makin canggih... teknologi ciptaan manusia alaf baru sekarang semakin bertambah canggih. benda yg lama dibaharukan. yg lambat dipercepatkan. yg pantas makin pantas.yg moden makin canggih.. macam sudah tiada had untuk dipertingkatkan lagi. senantiasa ada perbaharuan pada ciptaan manusia seperti kereta, televisyen dan bermacam-macam lagi..dahulu kereta hanya memakai petrol atau diesel untuk menjana kuasa tetapi sekarang kereta boleh dipandu berbekalkan dr kuasa solar dan juga hidro. ini menandakan keupayaan manusia dari segi intelektual semakin pesat berkembang. manusia semakin mengejar kemajuan dlm hidup mereka.

jika kita lihat, penerokaan teknologi ini bergantung pada kajian yg berterusan (research development) dari sesebuah syarikat khususnya dan amnya dari sesebuah negara. jika kajian yg dibuat lebih mendalam, mereka akan lebih maju ke hadapan. mesti ada benda yg baru akan mereka ketemui. hasilnya akan muncul ciptaan canggih yg memudahkan kerja dan hidup manusia.

ciptaan terbaharu monitor LCD berskrin gergasi (108 inci) yg mencatat rekod monitor paling besar di dunia hasil ciptaan SHARP. yg paling menarik perhatian saya adalah harganya yg mencecah RM499,999.00. semacam susah untuk dimiliki secara personal, kan? sebenarnya ciptaan monitor gergasi ini adalah kegunaan bisnes dan komersial. mungkin ada juga individu yg terlampau kaya mungkin membeli LCD sebegini. tidak mustahil bukan. ini kerana manusia sekarang sudah mampu mempunyai keperluan mereka dan juga memenuhi kehendak mereka. itu terpulang kepada keupayaan individu.

mungkin suatu hari nanti, akan tercipta sesuatu benda baru yg menggantikan monitor seperti manusia boleh menonton rancangan kegemaran mereke dengan memakai kaca mata khas. tidak mustahil bukan. jadi, dalam dunia serba cangggih ini, kita harus berlumba-lumba untuk mencipta sesuatu yg baru. makin canggih ciptaan yg dihasilkan makin maju sesebuah negara itu.


rujukan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm

No comments: