Monday, July 21, 2008

Rooney Jadi Role Model!

bukan calang-calang orang bila sudah dipuji oleh jurulatih baru Italy yg berprofile tinggi. beliau, Marcello Lippi yg pernah membawa Italy memenangi Piala Dunia 2006. Nama Wayne Rooney disebut oleh beliau pada akhbar La Gazzetta dello Sport sebagai pemain yg bermati-matian ketika beraksi untuk memastikan pasukannya menang pada sesuatu perlawanan. teruja jugak aku mendengarnya. encik Lippi menjadikan Rooney sbg role model kepada anak buah di bawah kendalian beliau iaitu skuad Italy dan Juventus.

mereka yg dah pro dan mantap pun masih lagi dinasihatkan untuk bermain mcm Rooney. aku harap-harap jurulatih skuad kebangsaan kita pun membuat perkara yg sama. bukan apa la kan. ini untuk memotivasikan pemain kebangsaan kita supaya bermain bermatian-matian untuk negara seperti Rooney. korang pernah nampak tak pemain kebangsaan kita beraksi bermati-matian ketika berlawan dgn negeri lain? korang nampak tak diorg punya PASSION? aku xnak jawab soalan tu...bahaya.nanti kena marah dek peminat fanatik Malaysia.hehehehe.

semangat juang yg tinggi ni patut ada pada semua atlit tak kira la di dalam apa juang bidang mereka ceburi. bukan senang untuk kita bermain dengan sepenuh hati atau bermati-matian. kadang-kadang orang bermain hanya untuk dapatkan populariti dan gaji yg lumayan. lebih-lebih lagi KBS sudah naikkan wang kemenangan pada mereka yg mendapat pingat emas di sukan olimpik Beijing Ogos nanti. kepada atlit yg dapat pingat emas diorg akan mendapat RM1 Juta. banyak itu. dengan sekelip mata je dah jadi Jutawan. aku cuma harap atlit-atlit kebangsaan kita yg akan berentap di Beijing nanti takan taruhkan perjuangan mereka pada insentif tersebut tetapi pada rasa cinta mereka untuk mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.


artikel berkaitan
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Sukan/20080720222736/Article/index_html

2 comments:

aiShaH said...

Atlet bukan sahaja perlukan skill yg tinggi tetapi mereka juga perlukan qualification untuk bermain..mmg berbeza corak pemainan mereka yg ada kedua2nya kelebihan

lincah_kadok said...

yg aku tahu, diorg ni memang dari yg terpilih.. kalau tak, takan la diorg dpt bermain dgn club2 ternama... x gitu cik adik