Sunday, July 27, 2008

Restu dari YDPA utk ke Olimpik

Sukan Olimpik Beijing tidak lama lagi akan menyusul dengan hanya 12 hari dari sekarang. debarannya makin terasa oleh para atlet negara kita yg tediri dari 33 org yg akan menggalas cabaran negara nanti.sebelum berlepas ke sana, pelbagai usaha dalam menyiapkan diri dr aspek mental dan terutama sekali fizikal utk memastikan para atlet akan merentap berhabis-habisan utk merebut pingat emas dlm acara masing2...
sebagai tanda sokongan moral, Yang diPertua Agong telah mencemar duli utk memberi titah kpd atlit agar berjaya dlm misi mereka nnti..sungguh bertuah atlet dan pegawai yg akan ke Beijing tu. bukan senang Ketua Negara mahu turun padang bersua muka dgn atlit utk memberi sokongan moral..saya percaya, di dalam bidang sukan ini, bukan sahaja kekuatan fizikal yg menjanjikan kejayaan, malah kekuatan mental juga penting. persoalannya dari mana kekuatan mental itu datang? macam mane mahu membina kekuatan tersebut..? sebagai contoh yg telah dilakukan oleh kementerian belia dan sukan yg menjemput YDPA kita utk memberi suntikan semangat dan motivasi kpd para atlit. secara tidak langsung ini memberi impak kpd para atlit utk membuat persembahan yg terbaik kpd negara. jika tidak dpt menggondol pingat apa2 pun, setidak-tidaknya mereka menunjukkan semangat juang yg tinggi ketika beraksi. tunjukkan yg mereka bermati-matian berjuang demi negara. barulah mereka boleh dianggap sebagai pejuang negara. harap2 nya bukan wang ganjaran yg dikejar tetapi utk memartabatkan nama negara di mata dunia. mgkin inilah masanya utk atlit kita mengubah senario sukan tanah air yg tidak begitu memberangsangkan. biar orang pandang sikit pd orang2 sukan ni. jgn biarkan kita dilabelkan golongan yg menghabiskan duit negara sahaja. sudah banyak negara kita berusaha utk pembangunan sukan tanah air, jadi bila lagi utk kita membalas jasa negara kita. buat para atlit, selamat maju jaya, buat yg terbaik! berjuanglah bermati-matian utk memartabatkan nama negara kita di persada dunia. semua rakyat malaysia senantiasa mendoakan kejayan korang. good luck and all the best!

rujukan
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=0726&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm

No comments: