Sunday, September 21, 2008

Chelsea dan Man U temui jalan buntu

sebelum perlawanan di antara dua kelab gergasi england iaitu Chelsea menentang Manchester United untuk sesi liga premier Enggeris, kedua-dua Jurulatih pasukan telah membuat persiapan rapi dari segi mental dan fizikal. sebelum perlaksanaan strategi kedua-dua jurulatih pasukan bermula di atas padang, mereka "bermain" perang psikologi bagi melemahkan semangat pasukan lawan masing-masing. ianya penting bagi mereka sebelum bermulanya perlawanan yang dinanti-nantikan oleh setiap peminat bola sepak di seluruh dunia. mana tidaknya, kedua-dua pasukan ini adalah musuh ketat utama di mana masing-masing inginan kemenangan terutamanya pasukan Chelsea kerana mereka bermain di tempat sendiri. perang psikologi begitu kuat di antara kedua-dua pasukan di mana jurulatih pasukan Chelsea adalah jurulatih kepada Ronaldo untuk pasukan Portugal. Scolari melemparkan kata-kata yang mampu menimbulkan kemarahan Ferguson berkenaan dengan Ronaldo yang mungkin akan meninggalkan pasukan Man U dan akan menyertai pasukan Chelsea. ianya tidak mustahil bagi pemain tersebut untuk membuat keputusan sedemikian. perlawanan yang di nanti-nantikan baru sahaja berlangsung. nampaknya "jarum" jurulatih pasukan Chelsea mengena kerana mampu menyamakan gol di akhir minit perlawanan. walaupun pasukan Man U sudah menyumbat gol lebih awal dari pasukan tuan rumah, mereka di anggap bertuah kerana dapat menyamai jaringan gol dengan keputusan seri 1-1. Ronaldo yang hanya bermain di babak kedua perlawanan tidak banyak membantu pasukannya untuk menang. jika di lihat dari persembahan beliau pada perlawanan tersebut agak terjejas. mungkin disebabkan oleh pengaruh dari perang psikologi di antara Ferguson dengan scolari dan mungkin disebabkan itu juga, Ferguson tidak memasukkan Ronaldo di awal perlawanan kerana dikhuatiri pemain tersebut tidak dapat memberi tumpuan seratus peratus untuk perlawanan tersebut. natijahnya, kedua-dua pasukan menemui jalan buntu dengan hanya mencipta keputusan seri satu sama. corak yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan amat mengagumkan dengan permainan pantas serta berbalas serangan ke kubu lawan masing-masing walaupun perlawanan tersebut dicemari dengan layangan kad kuning. tahniah untuk pasukan Chelsea kerana berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri dan untuk pasukan Man U selamat maju jaya di dalam memburu kemengan pertama untuk musim ini.. =P

rentetan dari-------->
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0921&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm

Sunday, September 14, 2008

adakah kata-kata menjadi ukuran?

setiap kejohanan mempunyai prestij yg tersendiri... sukan malaysia(sukma) tidak boleh dibandingkan dengan sukan asia tenggara(Sea)..sukan universiti2 malaysia(Masum) tidak akan sama dengan sukan asia. apatah lagi jika nak dibandingkan dengan sukan olimpik yg jauh bezanya dari segi kualiti penganjuran dan persembahan para atlit. yg menjadi persoalannya adakah kita hanya mahu menjadi "Star" di peringkat domestik mahupun di peringat serantau kita ini sahaja? adakah berbaloi dengan pelaburan negara dlm proses latihan mereka? latihan bukan main lagi, buat kat dlm negara lbh2 lagi di luar negara... mesti semua tu melibatkan belanja yg besar, kan...
dengan latihan dlm negara mahupun luar negara ianya tidak membuahkan hasil jika atlit itu sendiri tidak bersungguh-sungguh dan hanya ingin mencapai target yg tidak seberapa. sy kecewa dengan sikap para atlit yg tidak berjiwa BESAR. jasa negara tidak terbalas dengan pencapaian yg tidak mengagumkan jika nak dibandingkan dengan perbelanjaan untuk latihan mereka di dlm dan luar negara. takan la atlit yg mendapat pendedahan di luar negara hanya mensasarkan untuk menjadi jaguh di peringkat dalaman seperti masum. kalau setakat menjadi juara di peringkat itu, memang sah mereka ini tidak mempunyai jiwa yg besar. mcm mane mereka mahu menyaingi di peringkat yg lebih jauh seperti asia dan olimpik. bukan ye selalu atlit kita berpeluang untuk beraksi di kejohanan yg besar. bila dah berpeluang tu buatlah sehabis baik. bukan ye sekadar melepaskan batuk di tepi tangga ataupun memberi seribu alasan.. kata-kata bukan ukurun tetapi persembahan yg baik dan meyakinkan yg akan menjadi taruhan dan harapan kepada negara. jangan hanya berkata-kata tetapi tidak berusaha untuk mempertingkatkan prestasi. jangan sampai ada atlit yg akan dilabelkan sebagai atlit yg membazirkan duit negara sahaja... kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi okay...majulah sukan utk negara!


komen kepada artikel ini...
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_09.htm

Saturday, September 6, 2008

Tahniah Skuad Futsal Kebangsaan!

sudah menjadi adat dalam sukan bila pasukan itu menang dan kalah. ada masa turun ada masa ia naik.. tidak sukar untuk mencari kemenangan tetapi susah untuk mengekalkan kemenangan. ada kala bila kita berada di atas, kita lalai dengan pujian dan bila kita berada di bawah, kita pula senantiasa diperkotak-katikkan. begitu lah asam garam bila kita melibatkan diri di dalam bidang sukan ini. yang menang dipuja dan yg kalah dicaci. sebagai atlit yg profesional haruslah mempunyai kekuatan mental yg tinggi serta sentiasa fokus dengan karier mereka. ini penting supaya mereka tidak terpengaruh dengan faktor luar yg akan mengakibatkan gangguan dari segi psykologi seterusnya membantutkan prestasi mereka. mutakhir ini, kita dikejutkan dengan prestasi anak-anak buah P Balakrishnan di Asian Indoor Futsal Tournament yg telah diadakan di Thailand. apa yg dibanggakan adalah mereka berjaya menaikkan ranking mereka ke tahap kedudukan ke-57 daripada ke-66 sebelum ini. ada yg menganggap mereka ini hero yg berjaya menyelamatkan maruah FAM di mana prestasi pasukan bola sepak malaysia dijadikan ukuran. adil ke mereka ini dijadikan perbandingan dengan pasukan bola sepak? sukan futsal adalah masih baru di negara kita ini malah di dunia juga boleh dikatakan ditahap pembangunan. persaingan sukan futsal di peringkat dunia tidaklah sehebat persaingan sukan bola sepak yg mana telah lama dipertandingkan. tidak semua negara menumpukan perhatian mereka kepada perkembangan sukan futsal ini. walau bagaimana pun tidak salah kita berbangga dgn prestasi skuad futsal negara kita tetapi mereka hendaklah mengambil peluang ini untuk mempertingkatkan lagi prestasi mereka supaya setanding dgn pasukan yg terhebat di dunia seperti Brazil, Sepanyol, Italy dan juga Portugal.tidak mustahil kita akan termasuk di dalam 10 pasukan terbaik di dunia jika kita memberi sepenuh komitmen dan berusaha dari sekarang. yg penting kita jangan lalai dengan pujian awal yg diterima ini. jadikan ia sebagai pemangkin semangat untuk terus lebih maju.. congralutions and good luck to our futsal team!

artikel yg dirujuk----->
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Arena/20080906093809/Article/index_html

Monday, September 1, 2008

pemain import : antara kekuatan atau kelemahan

salam untuk semua... kepada yg muslim di seluruh dunia, diucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan baik.ada sesuatu yg perlu kita singkapkan bersama iaitu senario bola sepak tanah air. sudah diputuskan oleh FAM bahawa liga bola sepak malaysia tidak kira mana-mana piala yg akan dipertandingkan pada musim hadapan adalah di larang untuk menggunakan khidmat pemain import. keputusan sebegini bukannya pertama kali di buat oleh FAM. dengan keputusan yg dibuat, mesti mendatangkan impak kepada senario bola sepak kita. ada kesan pro dan kontra yg akan mewarnai musim hadapan. selaku peminat bola sepak tanah air mungkin kita boleh fikirkan kenapa keputusan itu dibuat. adakah relevan keputusan itu dibuat? cuba kita lihat pd perlawanan akhir liga malaysia di antara Selangor menentang Kedah di mana keputusannya menyebelahi Kedah selaku juara dengan jaringan 3-2. pada perlawanan tersebut, tidak dinafikan pemain import yg lebih menyerlah dari pemain tempatan dari segi kawalan permainan, hantaran yg kemas dan juga jaringan gol. dari 5 gol yg dihasilkan pada malam tersebut 3 daripadanya dijaringkan oleh para pemain import. pemain terbaik perlawanan akhir tersebut juga adalah dari pemain import pasukan Kedah. boleh disimpulkan bahawa pd perlawanan tersebut, pemain import lebih menonjol dari pemain tempatan. adakah pemain import ini lebih diharapkan untuk memenangi sesuatu perlawaan? di mana kredibiliti dan kemampuan pemain tempatan? mungkin atas persoalan inilah yg membuatkan FAM bertindak untuk membuat keputusan sedemikian. kerana pemain tempatan tidak berdaya saing dengan memajukan diri sendiri dengan adanya pemain import, liga tempatan lebih di terangai dengan "mamat import" yg lebih menyerlah lagi. mereka lebih diberi harapan dari penyokong setia untuk membantu pasukan kesayangan mereka memenangi apa jua piala di pertandingkan. pemain tempatan pula ditenggelami dengan kelebihan luar biasa dari kalangan pemain import. tidak dinafikan ada juga pemain tempatan yg semakin menyinar di kala pemain import diberi lebih tumpuan. ini kerana mereka sedar bahawa tanggungjawab untuk memartabatkan sukan tanah air kita berada di bahu mereka. ada juga pemain tempatan yg hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. adakah keputusan FAM ini adalah untuk menyembunyikan kelemahan pemain tempatan kita yg tidak menyerlah atau tidak berupaya meningkatkan mutu bola sepak di tanah air kita ini....? harap-harapnya jawapannya tidak. jika dibandingkan dengan English Premier League yg juga memakai khidmat pemain import, mereka (pemain tempatan) masih lagi menyaingi pemain luar. mereka sama-sama bergelar bintang. tidak didominasi oleh mana-mana pemain import. tahap mutu mereka adalah sama dengan pemain tempatan. situasi kita tidak sama dengan situasi mereka. persoalannya adakah keputusan FAM itu adalah untuk menguatkan pemain tempatan kita ataupun untuk menutup kelemahan pemain kita? harapannya liga bola sepak malaysia akan lebih meriah pada musim hadapan kerana senarionya sudah berubah dan tidak akan sama dengan musim sebelum ini. banyak pemain tempatan yg baru akan menggantikan tempat pemain import yg lama. kepada pemain bola sepak malaysia, good luck to all of you dan ambillah kesempatan ini untuk memajukan diri sendiri dalam memartabatkan sukan bola sepak tanah air kita.

rentetan dari---->
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana_Sukan&pg=rs_04.htm