Tuesday, August 5, 2008

Olimpik Beijing Dicemari!


Semua orang tahu bahawa sukan olimpik adalah sukan yang terbesar di dunia. Mempunyai prestig yang tersendiri di mana setiap pelusuk negara di dunia ini akan berkumpul di Beijing iaitu tuan rumah atau pengendali sukan olimpik ini. hari demi hari tuan rumah untuk sukan terbesar di dunia ini menghitung sehinggalah hari itu akan bertarikh 08.08.08 (cantik juga nombor ni). mungkin mereka tidak sabar untuk majlis pembukaan yg dinanti-nantikan oleh semua orang. mesti banyak gimik yg menarik untuk majlis tersebut. mungkin juga tuan rumah tersebut sekarang ini berada di dalam keadaan gelisah atau kerunsingan. ini adalah gara-gara udara yang telah tercemar dengan asap-asap yang mereka sendiri keluarkan sehingga terbentuk jerebu yang kuat lagi membahayakan. masalah ini adalah isu yang patut kita runsingkan bersama terutama sekali dari pihak tuan rumah itu sendiri. masalah ini memberi kesan pada para atlit dan kontijen yang akan berada di Beijing sepanjang tempoh sukan tersebut berlangsung. tahap kesihatan para atlit sentiasa menjadi keutamaan setiap kontijen dalam memastikan meraka dalam keadaan yang baik. secara tidak langsung juga tahap persembahan mungkin akan terjejas disebabkan kesihatan mereka yang sentiasa diancam oleh udara yang tercemar. sehingga kini para atlit kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan pemeriksaan kesihatan yang kerap, minum banyak air dan dibekalkan dengan topeng muka. atlit di negara lain juga mengambil langkah yang sama. tidak lupa juga kesan kepada para pelancong yang ke Beijing untuk menyaksikan sukan tersebut. kita mahu lihat ke para pelancong berada di sana dengan memakai topeng muka.... walaubagaimanapun, pihak penganjur sukan tersebut sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah ini. yang paling menarik di antara usaha mereka adalah ingin menghasilkan hujan bagi mengurangkan kadar pencemaran kandungan udara di sana. entah macam mana lah mereka mahu hasilkan hujan. setahu saya, hanya Tuhan sahaja yang mampu mengawal cuaca. kita tunggu dan lihat sahaja.kalaulah keadaan itu betul-betul terjadi janganlah pula kita kufur pada yang Maha Esa. nanti tak fasal-fasal lak syirik.
di dalam kedaan yang bermasalah ini, pihak penganjur hendaklah cepat untuk mencari usaha yang berkesan untuk mengatasi masalah jerebu tersebut. jika masalah ini gagal di atasi maka Beijing secara tidak langsung akan mendapat kritikan yang besar dari semua penduduk dunia. malah Beijing juga mungkin akan dicop sebagai negara yang mempunyai kandungan udara yang teruk di dunia. imej sebagai penganjur sukan olimpik juga akan tercalar. cuba kita fikirkan jika atlit seperti Asafa Powel, pelari pecut 100 meter tidak sihat kerana terkena kesan daripada jerebu yang teruk, mungkin acara tumpuan umum itu tidak akan meriah. pasti penduduk dunia menyalahkan Beijing jika kejadian itu berlaku. tidak mustahil bukan. oleh itu, selaku tuan rumah olimpik ini hendaklah mencari langkah yang drastik untuk memastikan kejadian seperti ini tidak akan berlaku. lagi pun sukan ini hanya tinggal 3 hari sahaja lagi untuk dirasmikan.
p/s: jangan kita yang tinggal di negara Malaysia yang bertuah ini, membiarkan keadaan di Beijing berlaku di sini..ok
rentetan dari ----->

4 comments:

yokohamarinos said...

dr 1 bahana ke 1 bahana, dr gempa bumi, taufan, sekarang pencemaran udara.... begitu byk cabaran yg dihadapi, blum lg termasuk protes trhdp sukan itu sndiri... apa2 pun, dharap temasya ini berlangsung dgn lancarnya dan dlm keadaan selamat...
tmbahan :
kepada kontinjen Malaysia, selamat berjaya.... 1 emas = 1 juta... ehe

lincah_kadok said...
This comment has been removed by the author.
lincah_kadok said...

bahana tu apa red? adik beradik bahaya ke?hihihi...tp setahu aku bahana tu mcm volume sound puyer

Elizabeth said...

sedihnyer..even sedang menjalankan sukan bertaraf dunia ada juga kes2 yang mencacatkan keadaan kan..dunia da makin tua..sering dicemari..rasenyer sok2 kite kene pindah kat planet lain..utk hidup bersih..hehe