Sunday, July 20, 2008

SIC Masih Menjadi Tumpuan!

Ternyata Sepang International Circuit (SIC) masih lagi menjadi venue yg dinanti-nantikan oleh para pelumba dlm bidang sukan berprestasi tinggi ini. Tidak lupa juga para peminat sukan tersbut di mana mereka sentiasa menantikan kejohanan antarabangsa yg akan dilangsungkan di sana. SIC tidak kehilangan sengatnya. Masih dijadikan sebagai venue utk kejohanan yg besar walaupun negara kita sekarang mempunyai saingan dlm bentuk penganjuran sukan bermotor ini selepas pembinaan Litar Singapura siap. ini kerana SIC menjadi pilihan utk menjadi salah satu siri perlumbaan Super GT yg dahulunya dikenali sbg Kejohanan Grand Touring Jepun (Jepun GT). tak penah lagi setakat ni, perlumbaan Super GT diadakan diluar negara jepun. so,kita patut bangga...jgn riak pula sudah la.hehehe.

Dalam masa itu, risau juga kalau litar sepang tenggelam dari sukan bermotor. mana la tahu kan litar singapura akan lebih menonjol dari litar sepang. dah la litar singapura akan menganjurkan kejohanan yg akan dilangsungkan pd waktu mlm. agak jarang sekali penganjuran semacam itu walaupun ianya akan menjadi trend baru dlm sukan bermotor ini. mgkn SIC pun boleh anjurkan perlumbaan di waktu mlm. tak da la aku dibakari oleh bahang sinar matahari kalau pegi tonton live perlumbaan kat sana. waktu mlm ni sejuk sikit. matahari pun tak ada. korang mesti setuju dgn aku kan? :) harap-harap SIC akan sentiasa meningkatkan pretasi mereka untuk menjadi selaku penganjur dan litar yg terbaik di Asia Tenggara malah di dunia ini.

p/s: aku mana penah tgk live perlumbaan kat SIC.hehehehe


kalau x caya, layarilah
http://www1.bharian.com.my/Misc/EPG/Khamis/Mukadepan/20080619123327/Article/mukadepan

2 comments:

aiShaH said...

Nak baut event waktu malam atau pagi bukan masalah yg utama.. yang paling penting kena tgk bagi cost benefit event yg nak dianjurkan.. Kalau asyik rugi baik fikir-fikirkan..

lincah_kadok said...

anjur race waktu mlm tu adalah salah satu strategi diorg utk pikat para peminat. bila ramai yg datang, so diorg untung la kan... x g2.hehe