Sunday, July 13, 2008

Antara Kuantiti dan Kualiti....

salam untuk semua...
Apa yg saya ingin utarakan dalam episod ini adalah berkenaan dengan persembahan atlit negara khususnya dalam kancah sukan badminton yang boleh kita katakan sukan yg selalu diberi perhatian oleh rakyat Malaysia. Straight to the point. Atlit tersebut pernah memegang title "juara" di kejohanan yg besar, di mana dahulunya beliau melalui kehidupan yg agak sukar kerana dibelenggu masalah kewangan dan kini beliau berpeluang untuk membaiki tahap prestasi dan menyungkil kembali potensi yg terpendam dalam diri beliau.
Kenapa saya berkata sedemikian ialah kerana beliau pernah bergelar Juara Seluruh England pada tahun 2003 dan beliau diwaktu itu amat dikagumi dan digeruni. Tetapi sekarang lain ceritanya. Apa yg dapat sy lihat adalah beliau mempunyai potensi yg tinggi untuk menjadi seorang juara yg komited. Jika tidak, masakan beliau pernah merangkul gelaran yg berprestij itu. Yg menjadi permasalahannya sekarang persembahan beliau terbantut kerana kemelut dirinya bersama kelabnya sendiri.
Nasib beliau sekarang mungkin akan berubah. bergantung pada dirinya sendiri. Sebelum itu biar saya jelaskan apa yg saya maksudkan dengan kuantiti di atas. Yg dimaksudkan oleh saya adalah jumlah gaji serta elaun yg cukup untuk memastikan anak buah nusa mahsuri itu boleh mengembalikan potensi dirinya ke tahap yg lebih memberangsangkan, sama dengan apa yg telah beliau buktikan pada tahun 2003 yg lampau.
Sekarang permasalahan beliau terjawab dengan penyerapan beliau ke dalam skuad badminton negara semula oleh badan induk badminton negara. Apa yg patut beliau bersyukur adalah beliau sekarang bernaung di bawah BAM di mana beliau akan mendapat gaji yg setimpal seta elaun kira-kira RM300 sebluan tidak termasuk ganjaran perlawanan, ganjaran kemenangan serta imbuhan ranking dunia. Ini cukup untuk menyelesaikan kemelut yg melanda dirinya sebelum ini.
Isu yg sebelum ini kuat diperkatakan kpd beliau adalah prestasi yg merosot selepas merangkul kejuaraan seluruh England dulu. Kualiti permainan yg ditunjukkan sekarang makin merosot. Beliau sendiri mengaku bahawa faktor kewangan yg menjadi salah satu penyebab kepada prestasi perlawanan beliau. Maka, sekarang isu itu insyaAllah tidak akan timbul lagi. Para peminat sukan badminton boleh memberi peluang sekali lagi kepada atlit tersebut untuk membuktikan kemampuan beliau dalam kejohanan yg bakal diharungi di masa akan datang.
Kita sebagai peminat sukan tanah air khususnya dalam arena badminton ini boleh melihat kpd dua aspek ini iaitu kuantiti dan kualiti di mana masing-masing mempengaruhi prestasi atlit negara kita. Dalam soal kuantiti, mungkin badan induk negara perlu meletakkan harga yg relevan dan setimpal dgn hasil usaha atlit itu sendiri. Manakala dalam soal kualiti pula, atlit perlu memajukan dan menunjukkan bahawa diri mereka bukanlah sekadar jaguh kampung. " Untuk mencari kemenangan itu senang tetapi adalah susah untuk mengekalkan kemenangan itu".
Majulah Sukan Untuk Negara..... :)
rujukan yg berkaitan;
Berita Harian
Sabtu, 12 Julai 2008
Tajuk: Hafiz kembali ke pangkuan BAM
Oleh: Meor Hisham Zulkifli

2 comments:

aiShaH said...

Rasanya pihak management kena fikirkan bagaimana nak mengatasi masalah ini.. tapi rasanya sebagai atlit pro.. mereka mestila bukan mengharap segalanya dari pihak mgt.. kenala bagus dalam permainan & perbaiki ranking.. barulah ganjaran setimpal akan diperolehi..

lincah_kadok said...

tq for ur opinion... :)