Monday, July 21, 2008

Pemangsa Pun Boleh Tewas!


sudah menjadi adat resam dunia di mana mangsa akan selalu diburu oleh pemangsa. yg kuat selalu menang dan akan terus bermaharajela. melainkan jika ada yg lebih kuat darinya yg akan memiliki kemenangan itu. tidak kira lah di kalangan manusia mahupun dunia haiwan. jika diperhatikan pada gambar dia atas, harimau bintang itu dah menewaskan si buaya. selalu kita dengar bahawa buaya yg mengalahkan harimau dan binatang yg lain. tiada yg mampu menewaskan si "bujang senang" kecuali manusia. ini menunjukkan bahawa buaya ini spesis haiwan yg betol-betol kuat lebih-lebih lagi di daerah mereka iaitu air.

saya bukan nak samakan antara manusia dgn haiwan tetapi hanya ingin mencari teladan. mengapa yg kuat akan selalu menindas? kenapa mereka yg kuat tidak menolong yg lemah? kenapa tidak mereka gunakan kekuatan yg ada itu untuk menolong mereka yg lemah? mungkin saudara-saudari mempunyai pendapat masing-masing. yg pasti hakikat hidup ini macam tu la.

jika kita sedar dgn isu global yg tidak putus-putus mendapat perhatian umum mengenai pencabulan hak asasi manusia dari pihak yg merasakan merekalah yg paling berkuasa di dunia ini. tiada sesiapa yg mampu menyekat mereka. dari perhatian saya, yg kuat itu selalunya menggunakan kekuatan mereka ke jalan yg tidak baik. tidak salah jika saya menyebut mereka menyalahgunakan kekuasaan mereka untuk lebih berkuasa. mungkin sampai ke tahap mahu menakluki dunia. rakus betol mereka ini. saya cuma berdoa supaya ada si "harimau bintang" yg berani untuk mengalahkan si "buaya". saya yakin ada, mungkin masa sekarang tidak mengizinkan si "harimau bintang" itu untuk bertindak apa-apa.

kita patut sedar bahawa yg berkuasa itu takan selalunya kuat dan menang. ada lagi YG MAHA KUASA di alam ini. saya cuma berharap yg berkuasa atau yg kuat menggunakan nikmat yg ada pada mereka kepada jalan yg benar...

artikel asal
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Dunia/20080720231012/Article/indexworld_html

2 comments:

aiShaH said...

Sebab mereka tidak pernah meletakkan diri mereka di tempat org lain..

lincah_kadok said...

erm...mungkin jugak kata2 ko tu