Sunday, September 21, 2008

Chelsea dan Man U temui jalan buntu

sebelum perlawanan di antara dua kelab gergasi england iaitu Chelsea menentang Manchester United untuk sesi liga premier Enggeris, kedua-dua Jurulatih pasukan telah membuat persiapan rapi dari segi mental dan fizikal. sebelum perlaksanaan strategi kedua-dua jurulatih pasukan bermula di atas padang, mereka "bermain" perang psikologi bagi melemahkan semangat pasukan lawan masing-masing. ianya penting bagi mereka sebelum bermulanya perlawanan yang dinanti-nantikan oleh setiap peminat bola sepak di seluruh dunia. mana tidaknya, kedua-dua pasukan ini adalah musuh ketat utama di mana masing-masing inginan kemenangan terutamanya pasukan Chelsea kerana mereka bermain di tempat sendiri. perang psikologi begitu kuat di antara kedua-dua pasukan di mana jurulatih pasukan Chelsea adalah jurulatih kepada Ronaldo untuk pasukan Portugal. Scolari melemparkan kata-kata yang mampu menimbulkan kemarahan Ferguson berkenaan dengan Ronaldo yang mungkin akan meninggalkan pasukan Man U dan akan menyertai pasukan Chelsea. ianya tidak mustahil bagi pemain tersebut untuk membuat keputusan sedemikian. perlawanan yang di nanti-nantikan baru sahaja berlangsung. nampaknya "jarum" jurulatih pasukan Chelsea mengena kerana mampu menyamakan gol di akhir minit perlawanan. walaupun pasukan Man U sudah menyumbat gol lebih awal dari pasukan tuan rumah, mereka di anggap bertuah kerana dapat menyamai jaringan gol dengan keputusan seri 1-1. Ronaldo yang hanya bermain di babak kedua perlawanan tidak banyak membantu pasukannya untuk menang. jika di lihat dari persembahan beliau pada perlawanan tersebut agak terjejas. mungkin disebabkan oleh pengaruh dari perang psikologi di antara Ferguson dengan scolari dan mungkin disebabkan itu juga, Ferguson tidak memasukkan Ronaldo di awal perlawanan kerana dikhuatiri pemain tersebut tidak dapat memberi tumpuan seratus peratus untuk perlawanan tersebut. natijahnya, kedua-dua pasukan menemui jalan buntu dengan hanya mencipta keputusan seri satu sama. corak yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan amat mengagumkan dengan permainan pantas serta berbalas serangan ke kubu lawan masing-masing walaupun perlawanan tersebut dicemari dengan layangan kad kuning. tahniah untuk pasukan Chelsea kerana berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri dan untuk pasukan Man U selamat maju jaya di dalam memburu kemengan pertama untuk musim ini.. =P

rentetan dari-------->
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0921&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm

No comments: