Monday, September 1, 2008

pemain import : antara kekuatan atau kelemahan

salam untuk semua... kepada yg muslim di seluruh dunia, diucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan baik.ada sesuatu yg perlu kita singkapkan bersama iaitu senario bola sepak tanah air. sudah diputuskan oleh FAM bahawa liga bola sepak malaysia tidak kira mana-mana piala yg akan dipertandingkan pada musim hadapan adalah di larang untuk menggunakan khidmat pemain import. keputusan sebegini bukannya pertama kali di buat oleh FAM. dengan keputusan yg dibuat, mesti mendatangkan impak kepada senario bola sepak kita. ada kesan pro dan kontra yg akan mewarnai musim hadapan. selaku peminat bola sepak tanah air mungkin kita boleh fikirkan kenapa keputusan itu dibuat. adakah relevan keputusan itu dibuat? cuba kita lihat pd perlawanan akhir liga malaysia di antara Selangor menentang Kedah di mana keputusannya menyebelahi Kedah selaku juara dengan jaringan 3-2. pada perlawanan tersebut, tidak dinafikan pemain import yg lebih menyerlah dari pemain tempatan dari segi kawalan permainan, hantaran yg kemas dan juga jaringan gol. dari 5 gol yg dihasilkan pada malam tersebut 3 daripadanya dijaringkan oleh para pemain import. pemain terbaik perlawanan akhir tersebut juga adalah dari pemain import pasukan Kedah. boleh disimpulkan bahawa pd perlawanan tersebut, pemain import lebih menonjol dari pemain tempatan. adakah pemain import ini lebih diharapkan untuk memenangi sesuatu perlawaan? di mana kredibiliti dan kemampuan pemain tempatan? mungkin atas persoalan inilah yg membuatkan FAM bertindak untuk membuat keputusan sedemikian. kerana pemain tempatan tidak berdaya saing dengan memajukan diri sendiri dengan adanya pemain import, liga tempatan lebih di terangai dengan "mamat import" yg lebih menyerlah lagi. mereka lebih diberi harapan dari penyokong setia untuk membantu pasukan kesayangan mereka memenangi apa jua piala di pertandingkan. pemain tempatan pula ditenggelami dengan kelebihan luar biasa dari kalangan pemain import. tidak dinafikan ada juga pemain tempatan yg semakin menyinar di kala pemain import diberi lebih tumpuan. ini kerana mereka sedar bahawa tanggungjawab untuk memartabatkan sukan tanah air kita berada di bahu mereka. ada juga pemain tempatan yg hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. adakah keputusan FAM ini adalah untuk menyembunyikan kelemahan pemain tempatan kita yg tidak menyerlah atau tidak berupaya meningkatkan mutu bola sepak di tanah air kita ini....? harap-harapnya jawapannya tidak. jika dibandingkan dengan English Premier League yg juga memakai khidmat pemain import, mereka (pemain tempatan) masih lagi menyaingi pemain luar. mereka sama-sama bergelar bintang. tidak didominasi oleh mana-mana pemain import. tahap mutu mereka adalah sama dengan pemain tempatan. situasi kita tidak sama dengan situasi mereka. persoalannya adakah keputusan FAM itu adalah untuk menguatkan pemain tempatan kita ataupun untuk menutup kelemahan pemain kita? harapannya liga bola sepak malaysia akan lebih meriah pada musim hadapan kerana senarionya sudah berubah dan tidak akan sama dengan musim sebelum ini. banyak pemain tempatan yg baru akan menggantikan tempat pemain import yg lama. kepada pemain bola sepak malaysia, good luck to all of you dan ambillah kesempatan ini untuk memajukan diri sendiri dalam memartabatkan sukan bola sepak tanah air kita.

rentetan dari---->
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana_Sukan&pg=rs_04.htm

2 comments:

aiShaH said...

Pada pendapat saya, tak salah kalau nak menngunakan khidmat pemain import, tapi pemain kita perlula mengambil peluang mempelajari teknik yang mereka ada supaya dapat memperbaiki mutu permainan sendiri.. Kitakan dah amsuk arus globalisasi so patutnya kini dunia tiada sempadan..

lincah_kadok said...

bolos saja dinding itu....