>>>>>>>Korang ada baca x mengenai Bandar Terapung di laut yg akan menggantikan kota daratan yg sedia ada di dunia ini….? Bandar terapung ini direka oleh architecture dari Belgium yg berjaya mereka sesuatu diluar pemikiran kita… Lilypad adalah nama kepada Bandar terapung tersebut.. Setahu aku, memang dunia kita ini dipenuhi oleh lautan dari daratan. Lebih-lebih lagi bila kutub utura yg mempunyai ais itu semakin mencair dari hari ke hari, tahun ke tahun dan dekat ke dekat. Ini disebabkan oleh faktor pemanasan global yg dilakukan oleh kita smua.. smua penduduk di dunia yg guna kenderaan berpetrol atau berdiesel, mahupun dari asap kilang-kilang yg semakin hari semakin rancak mengeluarkan hasil dari bahan bakar tersebut… cuba korg bayangkan bila ais kat kutub utura tu betol-betol dah cair.. daratan kita ni confirm banjir. Air melimpah2 keluar dan menutupi daratan kita ini. Keadaan ini tak mustahil boleh terjadi, kan? Jadi, untuk mengatasi masalah ini, si cerdik dari Belgium itu telah keluarkan ideanya yg bernas. Betol jugak kata designer Lilypad itu, selain dari faktor tersebut, pelarian juga boleh stay di Bandar Terapung itu. Tak da la diorg merempat di negera-negara lain sbg pelarian… diorg sdiri mampu mempunyai tempat kediaman yg moden lagi selamat.
>>>>>Cuba kita pikir dari sudut yg lain. Mcm mane dgn cuaca di laut? Setahu aku, kat laut tu selalu ada ribut taufan dan angina yg kuat.mcm mane dgn kebolehan Bandar Terapung itu mampu menangkis serangan rebut taufan jika berlaku? Mungkin pereka ini tidak menyebutkan secara terperinci mcm mane teknologi yg dimiliki oleh Lilypad. Kalau tidak, masakan beliau mengetengahkan idea beliau. Kita tunggu je nanti mcm mane dgn perkembangan cadangan beliau terhadap hasil rekeaannya itu. Walau macam mane keadaan sekali pun ini menunjukkan manusia sekarang perlu berpikiran jauh ke hadapan dan bertanggugjawab terhadap perbuatan mereka itu sendiri. Maksud aku ialah kesan dr peperangan dan pemanasan global terhadap atmosfera kita ini.
p/s: sempat ke tidak aku nak tgk terbinanya Bandar Terapung (Lilypad) tu agaknya…hehe :)
utk maklumat lbh lanjut psl Lilypad korg boleh klik kat sini
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Ekspresi/20080713140405/Article/indexv_html
Lama Menyepi
13 years ago
1 comment:
Sekarang macam-macam benda boleh dibuat dengan izin Allah.. so rasanyakalau kita ni berfikiran kehadapan banyak lagi benda dapat kita buat.. betul tak?
Post a Comment