Aku sebenarnya cenderong kepada sukan bola sepak. Orang lelaki la katakana..Lebih meminati liga antarabangsa dari liga Negara sendiri.hehehe.. tapi aku tetap bagi support pd liga Malaysia kita ni. Selalu jugak aku pegi stadium tgk secara live. Klu liga antarabangsa aku hanya tonton tv je la. X pun buka website soccernet untuk tahu result perlawanan.. Yang aku ingin kongsi ngan korang adalah perasaan kagum terhadap player muda yg semakin menyinari di club-club yg ternama seperti Real Madrid. Nama seperti Robinho memang sudah lama kita dengar dengan aksi lincah beliau di padang. Skill yg menarik serta permainan yg pantas menjadi aset beliau. Pemain yg berasal dari Brazil ini tidak terkecuali dari terpengaruh dgn aksi Samba sejak kecil lagi. Bagi beliau Samba dgn bola sepak tidak boleh dipisahkan… apa itu samba? Setahu aku samba itu adalah tarian rakyat Brazil. Mungkin nanti player Negara kita boleh adaptasikan tarian asli melayu kita ke dalam permainan bola sepak. Mana la tahu boleh jadi selincah Robinho ke.hehehe…
Sekarang Robinho menjadi rebutan club-club ternama di dunia sehinggakan ada club yg sanggup mempertaruhkan wang sejumlah 60 Juta Euro untuk membeli pemain posisi penyerang ini untuk bermain pada musim baru yg akan datang. Mahal tu harganya.. boleh buat stadium baru kat tempat aku..hehe. bayangkan dengan umur semuda itu (22 thn) dah membina masa depan yg cerah dengan corak permainan yg konsisten. Nasib baik juga la yg Robinho terlepas dari apa-apa kecederaan. Kalau cedera, mahu rosak karier beliau.maksud aku cedera yg berterusan la.
Mesti korang penah terfikir kenapa senario ini tidak sama di Malaysia. Bila bercakap tentang bola sepak, mesti naik syeikh semua. Dengan mutu permainan bola sepak di Malaysia dan di laur Negara adalah jauh berbeza. Aku x nak cerita tentang kenapa atau bagaimana dengan mutu permainan bola sepak Malaysia kita ini sebab sudah banyak diperkatakan oleh orang ramai mahupun dari pihak yg bertanggungjawab itu sendiri. Tetapi jauh di sudut hati aku mahu lihat senario dan mutu bola sepak kita akan berkembang serta mampu menyaingi di peringkat antarabangsa… InsyaAllah! J
P/s: Malaysia Boleh!!!
Artikel yg berhubung
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20080716101219/Article/
Lama Menyepi
13 years ago
2 comments:
Kena banyak bagi pendedahan kepada atlet-atlet muda ni.. mungkin mereka tidak nampak peluang dan tak tahu arah tujuan mereka dalam bidang ini
yup..betol tu. aku sokong. atlit kita hanya pndai jual game je utk kaya
Post a Comment