Saturday, August 16, 2008

RM85.7 Juta Untuk Selesaikan Masalah Dadah

dadah atau drug ini tidak asing lagi dalam bidang perubatan mahupun sukan. jika di dalam bidang perubatan, dahah itu digunakan untuk menahan kesakitan atau menyembuhkan penyakit. itu adalah penggunaan yg betol terhadap dadah. akan tetapi di dalam bidang sukan, selalunya dadah itu disalahgunakan oleh pemain untuk meningkatkan prestasi mereka mahupun perangsang dalam menjalankan aktiviti seharian. pengguna dadah di dalam bidang sukan ini adalah jelas tidak dibenarkan. walaupun sedemikian masih ada di kalangan atlit dalam negeri mahupun luar negara mengambil dadah untuk disalahgunakan. ada juga atlit yg berstatus lagenda seperti Marion Jones, atlit 100meter pecut kelahiran Amerika juga didapati bersalah kerana penyalahgunaan dadah. beliau meninggal dengan nama yg tercalar disebabkan dadah walaupun sumbangan beliau terhadap negara begitu besar.

soalnya, mengapa atlit sukan di dunia ini masih lagi mahu menggunakan dadah walaupun mereka tahu kesan dari pengambilan dadah tidak kira dari segi undung-undang ataupun kesan kepada biologi atlit itu sendiri. mungkin kerana atlit itu terpengaruh dengan perasaan mereka sendiri dalam peringkat pertandingan yg mereka sertai. mereka mahu pemangkin yg boleh meningkatkan prestasi mereka dengan secara mendadak. ada juga faktor lain menyumbang ke arah penyalahgunaan dadah seperti pengaruh rakan sepasukan, keadaan persekitaran yg memudahkan atlit untuk mendapatkan dadah dan lain-lain.

gejala ini harus di bendung dengan segera tidak kira dari atlit itu sendiri mahupun organisasi sukan. sepertimana kes Adrian Mutu yg dikenakan denda RM 85.7 juta disebabkan beliau mengambil kokain. ini menunjukkan badan yg bertanggunngjawab prihatin dengan gejala sebegini. kelab yg memayungi beliau mengambil tindakan tegas dengan menamatkan kontrek pemain tersebut serta mengenakan pampasan. ujian dadah harus dilakukan dari semasa ke semasa terhadap atlit supaya mereka ini sentiasa dikawal dan dipantau dalam usaha mencegah atlit dari terjebak dengan gejala buruk ini.

kes yg dirujuk------>

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0816&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan_Luar_Negara&pg=sl_01.htm

No comments: